Wednesday, December 12, 2012

Sabtu Di Raub

Salam. 

08 Dis 2012

Kenduri Cukur Jambul Muhammad Adam Mikael anak kepada Noor Haziera a.k.a xerox. hehe lame tak jumpe budak tecit tuh, last jumpe time dia baru je sehari dilahirkan.
Alhamdulillah budak tecit tuh sehat, mummy dia pun sehat.

Kenduri bermula jam 10pagi hingga jam 1petang. Memang tak plan nak rushing pun sebab niat nak melawat sekali cik esah (xerox nye mak, dulu kami berjiran). So tunggu vina sampai rumah dalam pkol 11pagi lebih. Siap-siap check air gan minyak hitam kereta. So kami pun bertolak. (citenye lame tak bawak jalan jaoh ni - pinjam la kete ayah)

Jam 12tengah hari baru bertolak dari rumah. Dalam kepala nih ingat tak ingat jalan g rumah xerox, sebab last pegi time baru naik rumah. Bape tahun yang lalu(mungkin ade 5 atau 6 tahun). Masa xerox kawin ada dapat jemputan. Memang plan nak pegi tapi masa tuh jugak la adik saya admitted sebab denggi. So kami rancang pegi kenduri kawin belah lelaki.

Berbalik kepada perjalanan ke Raub, ayah suh isi semula "smart tag". Jadi kami berhenti la di R&R Gombak (sebenarnye tak tau la ape nama R&R tuh, lagipun R&R tuh terletak sebelom hendak melalui tol Gombak). Lepas selesai urusan kat R&R tuh kami pun memulakan perjalanan.

Cuaca panas dan banyak juga kenderaan pada masa itu. Saya takde la memandu dengan laju, tetibe vina teriak perasan polis dok tepi jalan dengan gajet untuk menyaman para pemandu yang melebihi had laju. hehehe.

Dalam sejam sebelom masok Exit Bentong. (selepas tol bentong, bertentang MRSM Bentong). Xerox dah bagi sms lepas je highway, himpit masok Exit Bentong, simpang tiga amek kanan, pastu terus je. Lame tak melalui jalan tuh (last masa degree ade program keluarga angkat kat Tanjung Gahai). So ikot je la ape xerox direct tuh. Sampai pekan bentong, jalan semua sehala. Jadi kene pandai-pandai la cari simpang nak ke raub. Jalan kiri kanan penuh org jual durian. Musim durian kan kat pahang. Fuhhh yang gempaknye sepanjang jalan tuh ade je jual Nangka Madu. Yang fuhh tadi tuh sebab nye Nangka dorg jual sume besar-besar mcm Nangka Gergasi. "besar punyo" hehehe.

Heheh sampai kat pekan Raub, teringat time kawan along saya Myna & Epul sanding, amek gambar kat area Pekan Raub untuk Outdoor shoot. hehehe. Tetibe jadi panik tak ingat simpang mane nak amek pergi ke Jeram Besu, sbb itu je landmark yang paling hampir dengan rumah xerox yang saya ingat.

Vina called xerox tanye jalan sebab terasa macam dah sesat. (amek jalan g Cheroh-'vina cakap jalan g fish farm papa dia ikot jalan Cheroh tuh). Saya pun macam pelik je tengok jalan kiri kanan. Xerox cakap salah. hehehe sebab simpang nak ke Jeram Besu tuh kene lalu Dataran gan sekolah cina. So patah la balik nasib jumpe. hehehe. So kami teruskan perjalanan. Rupe-rupenya rumah Myna kat Sg. Dong lalu nak ke rumah Xerox. hehehe.

So lalu je la, sebab dah nak dekat pukol 2pm. Jalan lurus je, pastu nampak la papan tanda Jeram Besu, tetibe dalam kepala tak berapan nak ingat rumah xerox nih sebelom atau selepas Jeram Besu, sementara vina call xerox yang dah banyak kali tak berangkat nih saya terus je la straigt sampai nampak Petronas, kebetulan nature call - so singgah la kejap kat Petronas Benta sambil call lagi xerox. Kami call smpai dapat, (xerox call balik padahal). hehehe xerox siap cakap jaoh nye la dah kedepan. hehehe. dia suh patah balik. Hehehe nak buat camne dah lupe kan.

Patah balik pastu masok satu simpang kat Masjid nih sebelom Jeram Besu, call lagi xerox nak tahu simpang mane nak naik rumah dia, sebab setahu dan seingat saya la rumah xerox atas bukit dan satu je rumah kat atas bukit. Mata melilau gak la mencari rumah xerox. Dalam jam 2ptg lebih selamat sampai kat rumah xerox.

Lepas je park kereta, masok rumah salam-salam semua orang yang ade, kami di suruh makan (tahu-tahu je perot dah lapar). Lauk menyelerakan Ikan patin gulai tempoyak (maaf saya tak makan ikan patin) + Rendang Ayam Kampung + Ikan Masin + Ulam-ulaman.

So duduk la bersila makan, tetamu yang kat ada lagi kenduri plak durian kat luar rumah. Fuhhh bau sedap nye. Hehehe(opppss tambah la saya sebab ada ikan masin tuh yang syiok). Lepas je selesai menjamu nasi, dessert hambil buah durian - Tetamu yang kenduri durian tuh siap dihulur kat dalam. hehe memang banyak la makan durian. lepas seulas ke sebijik dan berbiji-biji. Kah3.

Lepas kenduri durian, jenjalan kat dusun belakang rumah xerox, tourist adalah amin (adek bongsu xerox). Lame kot tak masok dusun. Fuhh bermacam2 buah-buahan ada kat belakang rumah. hehehe Buah rambutan merah, rambutan kuning, buah langsat, buah ciku, buah limau barli, buah manggis, dan macam-macam lagi. hehehe. So sambil jenjalan tuh mengunyah rambutan sebab banyak sangat.

Bagi saya nak kenal pokok buah-buahan nih tengok la kat pokok tu punye daun, tapi kenkadang salah gak teka pokok buah ape. hehehe.

Lepak-lepak layan baby adam gan anak-anak buah xerox, masa untuk balik.

Salam-salam dan load bonet gan durian + rambutan + langsat. hehehe habis la kereta bau durian. hik3.

Semasa perjalanan balik sampai kat MRR2 jem gila sbb hujan. huhu. Selamat sampai KL.

thegurlwhowroteinherownworld.
.ckinhanif.











No comments:

Post a Comment