Monday, September 16, 2013

NOVEL... membaca balik...hikhukhakhek

hukhukhuk...

skrg nih mcm sibuk-sibuk je. hehe tapi sebenar nya memang sibuk pun..

Tapi skrg nih dah ade hobi baru...
Hehehe bace novel indie...

bermula nya niat nak membaca nih dah lama... sebab nya sekarang nih perasan tak sangat nak berjiwang-jiwang karat nih.. tapi takde la nak mencari novel-novel yang jiwang..

cuma bahasa kiasan macam dah takda seni..

Satu hari tuh nampak kazen upload gambar satu novel nih.. "AWEK CHUCK TAYLOR" muka depan dan tajuk dah menarik-narik hati nih nak membaca buku tuh.. *mungkin sebab dulu time skool ade la jiwa-jiwa remaja grunge nih* but now takde la aktif sangat.

So mencari la di toko buku sekitar rumah, tapi hampa.. takda jual plak..
Satu hari pegi melawat nenek kat rumah kazen nih, kebetulan kazen nih ada plak kat rumah. So tanya dia tapi hampa lagi dia cakap kawan dia punya.. ingatkan boleh la pinjam untuk memulakan bahan bacaan yang dah lama di tinggal kan.. hmmm mungkin dah dalam 3 - 4 tahun tak membaca novel nih. *kalo mengikut firasat dan kata hati saya la.. hikhikhik #ayat tak leh nak blah jugak la..*

Memandang kan sekarang nih semua informasi di hujung jari. Dengan pantas dan tanpa was-was saya pun googling la apa yang patut mengenai penerbitan dan penulis buku yang dicari-cari...
Sambil tersenyum lebar dan hati sangat gembira riang lepas googling tuh.. rupa-rupa nya toko buku Lejen Press berdekatan sahaja... #Lejen Press – salah satu syarikat percetakkan novel-novel indie..

Satu hari tuh dah set date gan kakak sulong saya (along-nama gelaran) untuk pergi melawat kawasan.. hikhikhik... *macam ape plak nih nak melawat kawasan bagai ~ hanya untuk nak baca lebih menarik – tiada kene mengena dengan yang hidup atau pun mati-

Sampai kat Seksyen 15, Subang.. pusing punya pusing akhir nya pencarian tamat.. “ I AM LAJEN” terpampang depan mata.. haha tapi masalah kat Seksyen 15, Subang nih la parking. So turun je dari kereta dengan semangat berkobar-kobar untuk mendapat kan novel yang di idamkan.. haha ~ntah ape-ape la aku nih.. padahal novel je kot~

Masok je kedai I AM LEJEN soalan yang keluar dari mulut nih terus tanya “ada tak novel ‘AWEK CHUCK TAYLOR’....

Kakak *mungkin la sebab selalu kalo masok kedai panggil kakak je walaupun dia nampak lagi muda ke tua ke.. haha*

Dengan penuh kesabaran dan mengetahui penantian akan berakhir.. hahaha..
Kakak tuh pun tunjuk kearah buku yang tersedia tersusun di rak buku *kedai nih tak de la besar sangat mungkin cuma saya nih malas kot time tuh nak membelek-belek semua tajuk-tajuk novel yang beratur kemas dalam rak buku kat kedai tuh*

Wow.. it just a feeling that i found a  gold in front of me.. hahaha *kalo dah minat kan ape pun boleh jadi* terus sahaja saya meng’grab’ novel yang sudah lama mengidam untuk dibaca..

Lepas dah berada ditangan baru lah ada mood nak membelek-belek tajuk-tajuk novel lain di kedai tuh.. *fyi.. kat situ memang menjual novel-novel indie yang contohnya: - novel-novel fixi berlambak kat situ, pekin ibrahim ~tak penah tau plak dia menulis~ dah tokoh penulis yang terkenal negara – A.SAMAD SAID- naskah beliau pun ada juga.. etc//

So end up 4 (empat) bijik novel pelbagai penulis dan tajuk sempat di’rembat’ hahaha..(AWEK CHUCK TAYLOR&ROKOK NAN SEBATANG – NAMI COB NOBBLE, DABEL DATE*tak berapa nak persaan penulis karya itu sebab itu pilihan alon saya* dah KELABU- NADIA KHAN) *bayar tau novel yang dirembat tuh... Cuma nak menyedapkan ayat.* kahkahkah...


ROKOK NAN SEBATANG

AWEK CHUCK TAYLOR

KELABU
                                              


Hati dah puas dapat mencari apa yang diidamkan.. perut plak ber’shuffelin’ memberi ‘signal’ kelaparan.. hehe thought nak makan kat rumah je, sebab petang tuh mama dah ‘wassap’ ayah masak nasi lemak. Tapi lame plak tak berborak panjang dengan along saya... haha dengan gossip dia kat office..
So end up makan burger kat burger shop depan cc kat seksyen 15 tuh.. memandang kan feedback dan pemerhatian yang burger kat situ sedap.. hehe tapi hampeh.. order lain bagi nye lain... bile dah makan baru macam tersedar yang ehhh bukan order daging ke?? Hukhuk tapi dah makan takpe la.. nih mesti sebab rancak sangat berbual dengan along saya..

Lepas makan kami pun balik la rumah.. ingat Cuma nak light-light je makan.. terkenyang plak makan burger bakar ~kata orang la~ so sampai rumah jamah gak nasi lemak ayah masak.. hehehe *mane leh xmakan.. sedap oooo.. bukan senang nak dapat nasi lemak yang sangat berlemak dan berkrim masakan ayah saya* #poyo je la aku nih..

So lepas makan setting-setting tempat tido.. sambung lagi borak tuh gan along saya tapi tangan sambil scroll-scroll hp.. cekidout ape yang patot.. hahaha.. sambil-sambil cari mood nak memulakan pengembaraan membaca.. *yela lame kot tak membaca- dulu membaca novel cintan pun lebih kurang sebulan gak la baru nak habis. Mane tak nye bukan je buku belom habis satu muka surat dah tutup letak tepi.. hahah*

So malam tuh lepas feeling-feeling mood membaca dah datang start la membaca..
Sangat interesting novel tuh.. berpijak di bumi yang nyata.. hakikat yang banyak terjadi pada kehidupan manusia sejagat.. *tapi takde lah nak menghabiskan satu novel tuh satu malam-mungkin bagi setengah-setengah pembaca novel tegar boleh abiskan novel tuh satu malam-NO DOUBT on that fact*

Sekarang 2 (dua) bijik novel dah abis dia khatamkan.. so now currently tengah membaca novel bertajuk KELABU – penulis NADIA KHAN....

Lepas habis membaca novel-novel yang telah di’rembat’ perancangan nak me’rembat’ lagi novel indie nih kat I AM LEJEN soon...

Sekian buat masa ini... akan di update lagi jika kelapangan datang menjengah....

-thegurlwhowroteinherownworld-
ckinhanif




Wednesday, June 26, 2013

Perkara-perkara yang terjadi kepada saya... hikhikhik

Hai..
Lame tak berkongsi kat blog nih..
Sekarang nih pun macam-macam dalam kepala nih nak share tapi kene letak elok-elok jadi takla bercelaru.
Hehe tapi masalahnye semua pun jadi macam dalam masa yang sama ke hari yang sama ke minggu yang sama ke
bulan yang sama ke hahaha kekekekekeke
Jadi pertama kali nya nak bercerita mengenai percutian saya dan kawan-kawan ke bali pada 3hb – 9hb April 2013.
Percutian yang sangat menyeronokkan. Pelbagai benda baru yang saya belajar dan alami semasa percutian.  Mungkin bagi sesetengah orang lain tak teruja seperti saya. Semua nya hanya berbekalakan RM1500 (tiket penerbangan pergi dan balik + bilik hotel [7hari6malam] + makanan + minuman + upah supir + bayaran masuk sume tempat-tempat bersejarah). Banyak la ole-ole dibawa balik disamping kenangan yang sangat tak boleh dilupakan. Sebahagian gambar-gambar semasa percutian bersama kawan-kawan di BALI, INDONESIA. https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151362044826587.1073741825.604511586&type=3

Kedua kali pula nak cerita la pasal kerjaya.. *oppsss kerjaya ke boleh la dikira camtuh.. Syukur Alhamdulillah sekarang ni dah bergelar pekerja tetap *permanent staff di British American Tobacco Malaysia.  [ maaf cuba untuk menulis dalam bahasa melayu, mungkin ada bahagian-bahagian yang tak kena gan ayat ]

Tanggal 22hb Jun 2013. Saya dengan nekad nye *tak tau la dari mana dapat semangat.. cewaaahhh!! Hahaha untuk pergi menindik lidah. Sebenarnya dah lama menginginkan untuk bertindik lidah.  Tetapi bila memikirkan sakit dan kesan-kesan sampingan selepas itu maka hasrat terbantut. Hahaha tapi ntah la tak tau mana saka datang berani plak la nak pergi menindik.. hahaha..

Thegirlwhowroteinherworld
ckinhanif






Thursday, June 6, 2013

Takde Masa + Sangat Malas

Huhu lame gak tak menulis nih.
padahal dalam kepala saya nih macam2 benda nak share.
huhu kerja yang sangat banyak dah masa yang terlampau sedikit.
So bile simpan je dalam otak nih lama2 boleh hilang gak benda2 yang nak share tuh..

Saya cuba cari jalan utk meng'share' sume benda yang menarik dan tak menarik sepanjang tahun nih la kot.
hehehe..

so wait.... hehehe

thegurlwhowroteinherworld.
ckinhanif

Tuesday, February 5, 2013

My new hairstyle

Hi world.

Its been long that never share anything here in my world.

New me or new hairstyle. haha

Actually i really adore this hair style since i saw it couple of years ago.
but i don't be the guts to do it maybe becos of my face shape (chubby and rounded face).

No matter how i really want to try this hair style. haha.
And couple of days ago i just go to the salon nearby and just asked the hairstylist to cut as what i show her the pics. At first seem akward becos i never ever try this hairstyle.
Even my sister and boyfie not agreed with me to doing this hairstyle.
haha but the matter of fact its my hair and myself.







thegurlwhowroteinherownworld.
ckinhanif

Sunday, December 16, 2012

Swimming Pool at Villa Pavillion

Salam,


Arini tak de plan pape pun, nak pergi jenjalan ke atau memane.
Family Cik Yon plak datang rumah gan Nyai. So xtau la lagi plan camne, macam-macam tempat nak pergi. Tapi tak tau lagi sempat ke tak masa tuh. hehehe.

Macam biase sabtu pagi breakfast dengan my cyg. So lepas da breakfast susah plak nak tido balik.
Uncle zul request suh mintak tolong hantar pergi Digital Mall kat Seksyen 14 Petaling Jaya. Dengan rela hati saya pun hantar la, Cik Yon gan anak-anak dia pun ikot sekali, Mama ade keje plak kat KLCC dan Along saya memang kerja hari sabtu.  Nak tak nak willingly la hantar. Nyai tinggal gan ayah kat rumah. Ayah nak masak asam pedas katanya. So kami pun gerak pergi Digital Mall.

Macam biasa kat situ memang susah sangat nak dapat parking. Kalo dapat pun kira nasib baik lah. Sampai je drop Uncle zul, so dia gerak la dulu masok Digital Mall tuh. Saya gan Cik Yon dan anak-anak dia dok memusing cari parking, sebab tak tau la mane nak cari tempat melepak kat PJ tuh.  Tunggu nak dekat setangah jam atau lebih baru la dapat parking. Da park kereta, kami pun masok la Digital Mall tuh. Meriah la sebab ada promotion sana sini bersepah-sepah barang computer. Lagi-lagi Iphone5 baru launched Jumaat lepas kalo tak salah la.

So orang pun berlambak-lambak la kat situ. Adek (anak cik yon yang kecik sekali) time tuh la nak berlari-lari, tak mahu kene pegang. huhu dok mengejar dia la tuh ke sana kemari. Kalau dah ramai orang tuh paham-paham la zaman sekarang nih. Macam-macam leh jadi. Pusing naik atas turun bawah saje la nak mencuci mata. Last-last cik yon ajak makan KFC.

So kami terus la bergerak ke KFC. Tapi uncle zul still lagi kat dalam Digital Mall sebab tak setel lagi nak repair laptop dia. huhu tgh diagnosis katenye. So kami berempat terus masok KFC bersebelahan Digital Mall tuh. Order makan dan makan kat situ. Tapi makan ringan-ringan la, sebab ayah dah cakap nak masak nasi lauk ikan asam pedas. hehehe.

Lepas makan plak jenjalan kat kedai-kedai yang ade berhadapan Digital Mall tuh. Masok la BATA, usha kasut, Ecah (anak cik on yang sulong) sebuk nak cari kasut hitam kulit la kate nye, pengawas sekolah kan. hehehe. Cari-cari ade yang berkenan tapi takde plak size nye. Dah cuba macam-macam kasut, tetibe uncle zul call tanye katne sume, pastu gerak la balik rumah. Sampai rumah makan.

Tunggu Along gan Mama balik kerja sebab plan nak pergi ke rumah Afiq (cousin saya) sebab anak-anak cik yon nak mandi swimming pool. hehehe so UNPLANNED nye cite saya gan along saya pun join la sekaki budak-budak tuh mandi swimming pool. hehehe.

Sampai je kat sana kebetulan plak, nasib tak berapa nak baik la (konon) visitor park penuh. so kami drop la dorang kat bawah block so saya gan along pergi la mencari parking, dua tiga kali pusing memang takde parking so kecek la gan security guard tuh nak parking kat memane sebab Nyai xleh lah nak jalan jejaoh kalo parking kat luar. Nasib la Security guard tuh paham kan.  So satu kereta kene la park kat luar. huhu.

Tunggu nak dekat satu jam kat luar tuh tunggu la dalam kereta kot-kot ade la visitor nak balik ke ape ke memang takde. huhu so tunggu la lagi kat dalam kereta, nasib la ade gak la tempat kosong kat luar tuh. huhu park la pastu menapak la masok dalam. huhu. terus je tunggu dorang kat pool sebab malas nak naik turun. Sampai je ape lagi terus la terjun dalam pool. huhu.

kami bermandi manda
Macam dah lame je tak swimming. hehehe so lepas gak la gian  mandi swimming pool. huhu. sejam gak la berendam. huhu sejuk memalam mandi pool kan. hehehe so lepas tukar baju kat changing room naik la rumah afiq, kebetulan tadi sebelom gerak cik yon singgah beli durian kat Pasar FAM.
Naik je rumah makan durian gan Dominos Pizza gak. hehehe. Alhamdulillah kenyang la, pastu tadi ayah ade bekal kan la ikan merah masak asam pedas. heheh ratah sikit la ikan tuh. hehehe.
Yela dah berendam lelame mesti la lapar. huhu.

Dah kenyang layan plak cerita melayu kat tv3 Kalut tajuk nye tapi takde la tengok dari mula. Dah nak dekat abis cite tuh. Lepas tuh cik yon nak pergi ke pesta buku (BigBadWolf) ntah la ape mane nye lebih kurang la kot.hehehe sebab dorang buka 24hour for this weekend. Tapi saya terus la bawak nyai balik rumah sebab dah lepas waktu tido nyai. Kesian la tengok nyai. Nak layan kan budak-budak kecik nih memang tak tido la gamak nye. huhu.

p/s: sampai rumah bukan terus tido pun. hehehe. sebab tak mengantok la plak bila dah sampai rumah. so sambung tengok tv dan update la blog nih. hehehe.

thegurlwhowroteinherownworld.
ckinhanif

Friday, December 14, 2012

IKEA - outing with relatives

Salam.

12.12.12


along dan mama saya

Tak tahu bile last menjejak kan kaki kat ikea.. hahaha mcm da lame je. padahal baru je pergi gan adek time dia nak beli kasut (tapi rasanya takde la jejak ikea, cume lalu je sebab nak pergi Party World kat Groundfloor IPC).

Dah plan gan along saya nak bawak family Cik Ati jenjalan malam, memandang kan ayah gan mama pun da start keje hari Rabu, so family Cik Ati kat uma je la waktu siang. Malam baru la leh jalan. So asyik bawak jenjalan kat shopping complex je, saya decide nak bawak jalan-jalan kat IKEA, hehehe.

So masing-masing sampai rumah dalam pukol 6 ptg lebih, kami decide nak gerak lepas maghrib la. Balik rumah ade plak nasi, Cik Ati masak untuk anak-anak dan suami dia tengah hari tuh. hehehe. So sebelom gerak dah bersiap sume jamah la sikit lauk Cik Ati masak. menu: Ikan keli masak cekur, ikan cermin goreng sambal, sayur goreng.

Along saya; desing kerusi yang attractive

Sampai masa nak gerak ayah plak tak nak ikot, penat kate nye, sebab malam sebelum nya balik lambat, jenjalan kat uma cousin kat Villa Pavilion Apartment, Seri Kembangan. Bawak budak-budak kecik tuh pergi swimming pool. Memula plan nak pergi i-city, theme park baru buka tapi lately nih kan petang-petang mesti hujan. So decide la pergi rumah Afiq (my cousin). Lagipun Cik Ati gan family dia tak penah lagi jalan kat rumah Afiq. hehehe. Dah tunggu budak-budak kecik tuh mandi pool pastu, my mum gan cik ati teman budak-budak tuh mandi kat bawah, sementara saya, along, ika gan ayah-ayah dok kat atas. Kesian kat athirah (wife afiq) kelam kabut dia kat atas tak tau nak masak ape. heheh sebab afiq ade hal plak malam tuh so dia balik lambat sikit la. By the way thanks for your hospitality. :-)

Berbalik pada topik asal, hehe plan nak bawak family Cik Ati makan meatball kat IKEA. Lepas maghrib kami bertolak dari rumah. Macam biasa la drive dua kereta sebab satu family Cik Ati dan kami (along, mama dan saya). Sampai IPC terus parking, pastu ingat nak jenjalan dulu dalam IKEA, tapi along bawak pergi makan dulu. So almost 1hour makan. Dah makan kenyang-kenyang pastu jalan la cuci mata kat IKEA.
bergambar dengan cousins

Saya tak tau la kenapa la some of the visitor atau customer kat situ macam jakun sangat dengan PINTU KECEMASAN. huhu. dah ade simbol don't open. Ada lah sorang budak lelaki nih dengan family dia dok nak bukak jugak pintu tuh. so berbunyi la alarm. Pastu tak pe la. saya sambung lagi jenjalan cuci mata. huhu tengah kelam kabut nak cari barang Uncle saya nih tetibe bunyi lagi alarm tuh. Haa kali ni bapak budak plak yang jakun. duhh tolong la, bace la ape yang terpapar kat pintu tuh. terang-terang ade palang siap kat pintu tuh. tak kan tak pandai bace or bace notis??

along kesayangan


Dah jenjalan dan capai mane yang sempat, banyak kali dah announced IKEA nak closed. so kene proceed ke cashier. Lepas bayar tuh ingat kan nak beli la karipap telur, huhu dah kehabisan plak. Lame sangat jalan kat dalam IKEA tuh. hehehe. Mungkin next time la. Insyallah leh jenjalan lagi. Tapi kene datang pagi la, banyak sikit masa nak berjalan-jalan dalam tuh. hehehe. Hujan selebat-lebat nye la turun time nak balik, dan saya memang manusia yang tak berapa nak suka memandu dalam hujan.

Part yang paling best tuh bila sampai rumah masing-masing cari nasi. hehehe mungkin penat berjalan kot atau sebab hujan jadi perot lapar. nasib la nasi ade lagi. hehehe saya macam biase la nampak ade roti canai pagi tadi punye. pecah telur pastu tampal la. hehehe.

thegurlwhowroteinherownworld
ckinhanif





Wednesday, December 12, 2012

Sabtu Di Raub

Salam. 

08 Dis 2012

Kenduri Cukur Jambul Muhammad Adam Mikael anak kepada Noor Haziera a.k.a xerox. hehe lame tak jumpe budak tecit tuh, last jumpe time dia baru je sehari dilahirkan.
Alhamdulillah budak tecit tuh sehat, mummy dia pun sehat.

Kenduri bermula jam 10pagi hingga jam 1petang. Memang tak plan nak rushing pun sebab niat nak melawat sekali cik esah (xerox nye mak, dulu kami berjiran). So tunggu vina sampai rumah dalam pkol 11pagi lebih. Siap-siap check air gan minyak hitam kereta. So kami pun bertolak. (citenye lame tak bawak jalan jaoh ni - pinjam la kete ayah)

Jam 12tengah hari baru bertolak dari rumah. Dalam kepala nih ingat tak ingat jalan g rumah xerox, sebab last pegi time baru naik rumah. Bape tahun yang lalu(mungkin ade 5 atau 6 tahun). Masa xerox kawin ada dapat jemputan. Memang plan nak pegi tapi masa tuh jugak la adik saya admitted sebab denggi. So kami rancang pegi kenduri kawin belah lelaki.

Berbalik kepada perjalanan ke Raub, ayah suh isi semula "smart tag". Jadi kami berhenti la di R&R Gombak (sebenarnye tak tau la ape nama R&R tuh, lagipun R&R tuh terletak sebelom hendak melalui tol Gombak). Lepas selesai urusan kat R&R tuh kami pun memulakan perjalanan.

Cuaca panas dan banyak juga kenderaan pada masa itu. Saya takde la memandu dengan laju, tetibe vina teriak perasan polis dok tepi jalan dengan gajet untuk menyaman para pemandu yang melebihi had laju. hehehe.

Dalam sejam sebelom masok Exit Bentong. (selepas tol bentong, bertentang MRSM Bentong). Xerox dah bagi sms lepas je highway, himpit masok Exit Bentong, simpang tiga amek kanan, pastu terus je. Lame tak melalui jalan tuh (last masa degree ade program keluarga angkat kat Tanjung Gahai). So ikot je la ape xerox direct tuh. Sampai pekan bentong, jalan semua sehala. Jadi kene pandai-pandai la cari simpang nak ke raub. Jalan kiri kanan penuh org jual durian. Musim durian kan kat pahang. Fuhhh yang gempaknye sepanjang jalan tuh ade je jual Nangka Madu. Yang fuhh tadi tuh sebab nye Nangka dorg jual sume besar-besar mcm Nangka Gergasi. "besar punyo" hehehe.

Heheh sampai kat pekan Raub, teringat time kawan along saya Myna & Epul sanding, amek gambar kat area Pekan Raub untuk Outdoor shoot. hehehe. Tetibe jadi panik tak ingat simpang mane nak amek pergi ke Jeram Besu, sbb itu je landmark yang paling hampir dengan rumah xerox yang saya ingat.

Vina called xerox tanye jalan sebab terasa macam dah sesat. (amek jalan g Cheroh-'vina cakap jalan g fish farm papa dia ikot jalan Cheroh tuh). Saya pun macam pelik je tengok jalan kiri kanan. Xerox cakap salah. hehehe sebab simpang nak ke Jeram Besu tuh kene lalu Dataran gan sekolah cina. So patah la balik nasib jumpe. hehehe. So kami teruskan perjalanan. Rupe-rupenya rumah Myna kat Sg. Dong lalu nak ke rumah Xerox. hehehe.

So lalu je la, sebab dah nak dekat pukol 2pm. Jalan lurus je, pastu nampak la papan tanda Jeram Besu, tetibe dalam kepala tak berapan nak ingat rumah xerox nih sebelom atau selepas Jeram Besu, sementara vina call xerox yang dah banyak kali tak berangkat nih saya terus je la straigt sampai nampak Petronas, kebetulan nature call - so singgah la kejap kat Petronas Benta sambil call lagi xerox. Kami call smpai dapat, (xerox call balik padahal). hehehe xerox siap cakap jaoh nye la dah kedepan. hehehe. dia suh patah balik. Hehehe nak buat camne dah lupe kan.

Patah balik pastu masok satu simpang kat Masjid nih sebelom Jeram Besu, call lagi xerox nak tahu simpang mane nak naik rumah dia, sebab setahu dan seingat saya la rumah xerox atas bukit dan satu je rumah kat atas bukit. Mata melilau gak la mencari rumah xerox. Dalam jam 2ptg lebih selamat sampai kat rumah xerox.

Lepas je park kereta, masok rumah salam-salam semua orang yang ade, kami di suruh makan (tahu-tahu je perot dah lapar). Lauk menyelerakan Ikan patin gulai tempoyak (maaf saya tak makan ikan patin) + Rendang Ayam Kampung + Ikan Masin + Ulam-ulaman.

So duduk la bersila makan, tetamu yang kat ada lagi kenduri plak durian kat luar rumah. Fuhhh bau sedap nye. Hehehe(opppss tambah la saya sebab ada ikan masin tuh yang syiok). Lepas je selesai menjamu nasi, dessert hambil buah durian - Tetamu yang kenduri durian tuh siap dihulur kat dalam. hehe memang banyak la makan durian. lepas seulas ke sebijik dan berbiji-biji. Kah3.

Lepas kenduri durian, jenjalan kat dusun belakang rumah xerox, tourist adalah amin (adek bongsu xerox). Lame kot tak masok dusun. Fuhh bermacam2 buah-buahan ada kat belakang rumah. hehehe Buah rambutan merah, rambutan kuning, buah langsat, buah ciku, buah limau barli, buah manggis, dan macam-macam lagi. hehehe. So sambil jenjalan tuh mengunyah rambutan sebab banyak sangat.

Bagi saya nak kenal pokok buah-buahan nih tengok la kat pokok tu punye daun, tapi kenkadang salah gak teka pokok buah ape. hehehe.

Lepak-lepak layan baby adam gan anak-anak buah xerox, masa untuk balik.

Salam-salam dan load bonet gan durian + rambutan + langsat. hehehe habis la kereta bau durian. hik3.

Semasa perjalanan balik sampai kat MRR2 jem gila sbb hujan. huhu. Selamat sampai KL.

thegurlwhowroteinherownworld.
.ckinhanif.