Wednesday, November 28, 2012

Misteri Malam

Salam.


Ehsan Google Image
Semalam boring-boring tengok Perhimpunan Umno kat TV dok alih-alih la channel,
Bile dah usha satu-satu channel  nih maka amek masa la nak tengok cite mana yang menarik.
Opps pembetulan heheh cite nih sebenarnye kat TV9, So tetibe kat ntv7 ade cite Misteri Malam (dalam otak dah macam-macam fikir.. cite hantu ke? seram x? sorang-sorang dalam bilik nih? berani x nak tengok?)
Nak tak nak tengok je la.. Mcm menarik mukadimah ade la beberapa artis (untuk episode semalam artis-artisnya ialah: Daphne Iking, Diana Raafar, Awi Rafael).



Ehsan Google Image
 Misteri Malam nih menceritakan pengalaman-pengalaman artis (rase saya la sebab baru tengok satu episode) semasa pengambaran.
Menarik, memang seram la sebab dorg tunjuk gambar dan sketch pun agak menyeramkan.
Memang ramai yang tahu kebanyakan mata kasar manusia tak dapat melihat benda-benda ghaib nih,
tapi mungkin sesetengah manusia mempunyai kelebihan (mungkin) untuk melihat dan merasai kehadiran makhluk-makhluk halus/ghaib ni.
Lensa kamera selalu nya dapat meng'capture' kelibat atau penampakan makhluk halus/ghaib.
So tengok la sampai abis cite nih. Fuhh masa gambar tuh xjelas sgt tapi bile dorg dok circle kan makhluk-makhluk ghaib nih berderau gak la (rasa macam nak tutup TV pun ade gak).



Ehsan Google Image

Pengambaran dalam hutan, kubur, dan sebagainya. Memang akan menempuh pengalaman yang luar biasa,
Kita pun tak tahu menahu penghuni hutan dan tempat-tempat sewaktu dengan nya.
Kadang-kadang kita pun rasa takot dalam rumah sendiri kalau kita tahu yang kita sendirian tinggal dalam rumah. Masa tuh macam-macam la timbul kat dalam fikiran dan diri kita, misalnya nampak kelibat la, seram sejuk la, berderau darah la, bau wangi la, dan sebagainya. Cuma ambil pendekatan nih, "Jangan mencabar atau terlampau berani, dan juga jangan terlampau takot."



Ehsan Google Image




Ehsan Google Image


Makhluk ghaib atau halus ni sebenarnya bersepah, tapi cuma sesetengah dari kita yang tak leh nampak dorg atau benda-benda nih sume, Percaya? tak Percaya? terpulang pada individu dan agama masing-masing. Tapi apa yang pasti semua adalah hamba ALLAH S.W.T.

p/s: cerita diatas tidak ada kene mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. wallahuallam.


thegurlwhowroteinherownworld
ckinhanif


Ehsan Google Image


No comments:

Post a Comment